KUIH PENJARAM
Kuih Penjaram merupakan kuih yang berasal daripada suku kaum bajau.Keenakan rasanya membuatkan ianya diminati oleh pelbagai golongan masyarakat.Kuih penjaram yang mempunyai tiga jenis perisa iaitu pandan,mentega dan yang paling diminati adalah perisa gula melaka.
AMBUYAT
Ambuyat yang bewarna putih yang diperbuat daripada pokok sagu atau pokok rumbia.Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan suku kaum kadazan dan brunei.Memakan Ambuyat memerlukan kebiasaan,bagi meraka yang tidak biasa pasti sukar untuk memakan Ambuyat kerana rasanya yang tawar dan liat.Ambuyat sering dicecah dengan lada,garam,limau kasturi dan belacan,mengikut selera masing-masing.
BAMBANGAN
Bambangan merupakan buah yang sering dijadikan penambah selera makan,kerana rasanya yang asam.Bambangan yang bewarna coklat dan isinya seperti buah mangga.Membuat bambangan dengan mencampurkan dengan hirisan bijinya yang berwarna putih,memberi ketahanan yang lebih lama jika disimpan.
No comments:
Post a Comment