Wednesday, 7 August 2013

SUKU KAUM ETNIK DI SABAH

KADAZAN DUSUN
Kaum kadazan dusun merupakan nama kaum bumiputra asli yang terbesar di sabah dan berasal dari indo-china.Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.Terdapat 27 suku kaum di dalamnya,antaranya ialah,dusun pahu,dusun labuk,orang sungai,rungus,dusun kimaragang,kuijau dan sebagainya.kadazan dan Dusun berbeza kerana suku kaum kadazan tinggal di bahagian lembah yang terlibat dengan kegiatan cucuk tanam padi,manakala suku kaum dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman sabah.


BRUNEI
Etnik Brunei merupakan salah satu kaum manoriti di sabah.kaum ini banyak terdapat di wilayah persekutuan labuan,membakut,papar,beaufort,brunei darussalam dan juga terdapat di bahagian utara sarawak.Kaum brunei terdapat 6.64% daripada keseluruhan penduduk sabah.Nama Brunei juga bersasal daripada `baru nah' yang bererti tempat yang snagat baik dan menarik,lama kelamaan Brunei menjadi sebutan dan menjadi nama kepada sebuah negara Brunei.

TEMPAT BERSEJARAH DI SABAH

TRAGEDI DOUBLE SIX
Tragedi double 6 adalah nahas kapal terbang yang terjadi pada 6.6.1979 yang melibatkan enam orang pemimpin sabah.Ketua menteri sabah iaitu Tun Fuad Stephent yang bertanggung jawab atas penyatuan sabah ke dalam malaysia.Isu royalti minyak ketika itu masih dalam perbincangan ,tetapi malangnya  menteri-menteri kabinet bersama ketua mereka mati dalam tragik.

.
KAWAT MAUT SANDAKAN
Kawat maut sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian kes jenayah perang jepun yang  mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan indonesia dan 2,400 tahanan perang british yang ditahan oleh askar jepun semasa perang pasifik iaitu semasa perang dunia ke-2, di kem penjara di borneo utara. Dari keseluruhan tawanan yang ditahan di kem tersebut semasa perbarisan,hanya 6 yang diketehui terselamat selepas perperangan.

Monday, 5 August 2013

MAKANAN TRADISIONAL SABAH

KUIH PENJARAM
Kuih Penjaram merupakan kuih yang berasal daripada suku kaum bajau.Keenakan rasanya membuatkan ianya diminati oleh pelbagai golongan masyarakat.Kuih penjaram yang mempunyai tiga jenis perisa iaitu pandan,mentega dan yang paling diminati adalah perisa gula melaka.

AMBUYAT
Ambuyat yang bewarna putih yang diperbuat daripada pokok sagu atau pokok rumbia.Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan suku kaum kadazan dan brunei.Memakan Ambuyat memerlukan kebiasaan,bagi meraka yang tidak biasa pasti sukar untuk memakan Ambuyat kerana rasanya yang tawar dan liat.Ambuyat sering dicecah dengan lada,garam,limau kasturi dan belacan,mengikut selera masing-masing.

BAMBANGAN
Bambangan merupakan buah yang sering dijadikan penambah selera makan,kerana rasanya yang asam.Bambangan yang bewarna coklat dan isinya seperti buah mangga.Membuat bambangan dengan mencampurkan dengan hirisan bijinya yang berwarna putih,memberi ketahanan yang lebih lama jika disimpan.

Tuesday, 23 July 2013

TEMPAT-TEMPAT MERNARIK DI SABAH




DESA CATTLE KUNDASANG
Desa Cattle Kundasang merupakan satu tempat yang menarik.sesiapa yang mengunjungi tempat ini pasti akan dapat menenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam semula jadi.rumput hijau yang menawan, dengan adanya lembu menjadikan tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi.Pengunjung berpeluang    melihat proses pemerahan susu lembu pada tempoh yang tertentu dan juga berpeluang merasai susu yang masih segar selepas di proses. 
SEPILOK SANDAKAN
Sepilok Sandakan adalah tempat yang menarik di Sabah kerana ia dikenali sebagai habitat orang utan untuk menarik pelancong tempatan dan asing.Orang utan yang dijaga dengan baik dan diberikan makanan pada masa tertentu menjadikan haiwan yang terancam tersebut menjadi lebih jinak dan mesra dan tidak takut kepada manusia .Saya sendiri telah mengunjungi tempat ini dan melihat haiwan ini diberikan makanan,pada jam 3.00 ptg ,Orang utan ini akan diberikan makanan,dan menjadi rutin setiap hari kepada pekerja.
GUNUNG KINABALU
Gunung kinabalu yang terletak di sabah,malaysia merupakan tempat tertinggi di malaysia dan puncak tertinggi di pulau borneo yang ketinggianya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Terdapat 7 puncak tertinggi yang terdapat pada gunung kinabalu . Gunung menyimpan menyimpan banyak cerita dan kisah-kisah misteri yang masih belum terungkap.