 |
DESA CATTLE KUNDASANG
Desa Cattle Kundasang merupakan satu tempat yang menarik.sesiapa yang mengunjungi tempat ini pasti akan dapat menenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam semula jadi.rumput hijau yang menawan, dengan adanya lembu menjadikan tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi.Pengunjung berpeluang melihat proses pemerahan susu lembu pada tempoh yang tertentu dan juga berpeluang merasai susu yang masih segar selepas di proses.
|
 |
SEPILOK SANDAKAN
Sepilok Sandakan adalah tempat yang menarik di Sabah kerana ia dikenali sebagai habitat orang utan untuk menarik pelancong tempatan dan asing.Orang utan yang dijaga dengan baik dan diberikan makanan pada masa tertentu menjadikan haiwan yang terancam tersebut menjadi lebih jinak dan mesra dan tidak takut kepada manusia .Saya sendiri telah mengunjungi tempat ini dan melihat haiwan ini diberikan makanan,pada jam 3.00 ptg ,Orang utan ini akan diberikan makanan,dan menjadi rutin setiap hari kepada pekerja.
|
GUNUNG KINABALU
Gunung kinabalu yang terletak di sabah,malaysia merupakan tempat tertinggi di malaysia dan puncak tertinggi di pulau borneo yang ketinggianya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Terdapat 7 puncak tertinggi yang terdapat pada gunung kinabalu . Gunung menyimpan menyimpan banyak cerita dan kisah-kisah misteri yang masih belum terungkap.